Kursus Jangka Panjang
PENGENALAN
Di dalam sektor perladangan, bahagian penyeliaan dan operasi ladang adalah bahagian yang sangat penting dalam membantu pihak pengurusan menghasilkan pengeluaran hasil ladang yang baik dan bagi memenuhi kehendak itu, adalah satu keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja mahir dan terlatih dalam menjalankan tugasan di ladang.
Sehubungan dengan itu, pelatih yang mengikuti kursus ini akan diajar dan dilatih bagaimana cara untuk mengawalselia operasi di dalam ladang kelapa sawit. Modul yang diajar di dalam kursus ini juga akan memberikan pendedahan serta maklumat kepada pelatih berkenaan persekitaran kerja sebenar di ladang kelapa sawit. Kaedah pembelajaran yang diguna pakai adalah 70% amali dan 30% teori.
BERAPA LAMA TEMPOH PEMBELAJARAN?
1 tahun ( 12 Bulan )
APAKAH KELAYAKAN MINIMUM BAGI MENGIKUTI KURSUS INI?
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, kelayakan minimum adalah :
Sihat tubuh badan dan sesuai untuk bekerja di ladang.
Boleh membaca, menulis dan mengira.
Berminat dengan kursus ini.
APA YANG KAMI AKAN BELAJAR SEPANJANG MENGIKUT KURSUS INI?
Pelatih yang mengikuti kursus ini akan di ajar dan dilatih dengan aktiviti berikut :
Aktiviti TerasAktiviti ElektifOil Palm Planting Operation Oil Palm Mechanisation Application Supervision
Oil Palm Field Upkeep and Maintenance Oil Palm Nursery Operation Supervision
Oil Palm Manuring
Oil Palm Harvesting and Collection Operation
Oil Palm Field Operation Administration
Oil Palm Production Operation Quality Control
Nota : Pelatih perlu lulus penilaian teori dan amali kesemua aktiviti teras di atas bagi melayakan mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ).
APAKAH BIDANG TUGAS SEBENAR PELATIH YANG MENGIKUTI KURSUS INI DI LADANG?
Secara amnya, kerja seorang penyelia operasi ladang kelapa sawit adalah menjalankan operasi dan kerja lapangan di dalam ladang termasuk membantu Penolong Pengurus melaksanakan polisi dan prosedur syarikat.
Seorang penyelia operasi ladang kelapa sawit juga bertanggungjawab memastikan pekerja ladang mematuhi prosedur operasi standard dan prosedur kerja di dalam ladang. Mereka biasanya bekerja di pejabat di dalam estet dan perlu selalu menggunakan komputer dan memantau kerja-kerja ladang.
BAGAIMANA DENGAN PELUANG PEKERJAAN SETELAH TAMAT KURSUS?
Pelatih yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya dan telah mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai peluang pekerjaan yang luas dan besar samada di dalam negara dan juga peringkat antarabangsa. Ini kerana pekerja mahir tempatan telah diiktiraf oleh Negara luar sebagai pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan di dalam sektor perladangan. Antara peluang pekerjaan yang berkaitan adalah Penyelia Ladang.
0 comments:
Post a Comment