Bagi anda calon hotelier yang baru tamat sekolah, atau bahkan yang mengambil jurusan bukan Perhotelan namun terfikir untuk bekerja di hotel, mungkin pemikiran paling umum yang tersemat pertama kali adalah kerana melihat orang orang yang kerja di hotel itu mempunyai penampilan yang rapi, wangi, sikap dan tingkah laku ramah, tempat kerjanya atau hotel sebagai tempat bekerja sangat mewah, brand atau jenama dari hotel itu sangat terkenal di dunia, boleh kerja di luar negeri, mendapat gaji yang bagus dan lain sebagainya. Hal tersebut memang benar benar berlaku apabila kita memutuskan untuk bekerja di hotel. Artikel ini memberikan gambaran mengenai hal positif bila kita kerja di hotel, bagusnya kerja di Hotel itu bagaimana? Ok then..here it goes!
Pendapatan
Apa bezanya pendapatan di Hotel dengan tempat lain? Pastinya kerana di hotel kita tidak hanya mendapat gaji pokok saja, melainkan kita juga mendapatkan service charge, dan tips pastinya untuk beberapa jabatan di hotel yang bertemu langsung dengan tetamu (Front Office, Restaurant, Bar, Housekeeping). Termasuk juga meal allowance atau makan percuma satu kali dalam waktu bekerja kita. Bagus kan? Boleh menjimatkan wang saku. Mengenai tips, hasilnya boleh berbeza, bukan hanya antara departemen saja, melainkan antara individu boleh berbeza, bergantung jenis bilik dan perkhidmatan yang kita berikan. Contoh: jika seorang tetamu sangat berpuas hati pada saat makan di restoran tempat kita bekerja, atau pada saat menginap di hotel, tips yang tetamu boleh berikan kadang-kadang melampaui perkiraan kita, bisa berupa wang mahupun barang. Kalau wang kadang-kadang boleh melebihi gaji kita selama sebulan, bahkan malah mungkin jauh lebih mahal daripada itu. Di luar daripada itu, untuk sekadar memberikan gambaran saja, di hotel lima bintang Kuala Lumpur, jabatan paling bawah di Housekeeping Department iaitu Housekeeping Attendant yang tugasnya membersihkan bilik dan kawasan Hotel, Gaji plus Service Charge di luar tip, boleh mendapatkan sekitar 2-3 ribu / bulan. Lumayan kan?
Seragam
Jika di tempat kerja lain, mungkin tiap hari kita memakai baju yang berbeza beza, dan baju tersebut adalah baju kita sendiri yang harus kita siapkan dan kita cuci selepas digunakan. Di hotel, kita tidak perlu memikirkan hal itu, kenapa? Kerana hotel menyediakan pakaian seragam yang khusus hanya digunakan oleh kita sahaja. Dan tidak perlu bimbang untuk mencuci selepas digunakan, kerana hotel sudah menyediakan kemudahan dobi untuk mencuci pakaian seragam kita. Biasanya setiap pekerja hotel diberikan 3 set pakaian yang digunakan untuk bekerja.
Pelanggan
Tetamu yang datang ke hotel (5 bintang) pastinya bukan tetamu yang tidak ada duit kan? Bayangin saja, untuk beli air mineral dalam kemasan saja tetamu boleh dikenakan harga RM10, - tidak sembarang orang mau keluar wang sebegitu hanya untuk air mineral. Belum jenis tetamu yang datang, selebriti baik nasional maupun internasional kalau datang ke satu Negara pasti pilihnya hotel yang mewah, artis artis luar kalau konsert di KL pasti milihnya hotel yang buat mereka selesa untuk menginap. Nah, kebayang kan jika salah satu artis yang menginap di Hotel tempat kamu kerja itu ternyata idola kamu? Kamu punya akses untuk dapat bertemu langsung dan boleh bercakap terus dengan mereka. Dan jika dibenarkan, bergambar bersama artis idola kamu.
Kemudahan Kesihatan
Pada umumnya di hotel sudah sedia kemudahan.Disediakan untuk para pekerja Hotel yang mengalami kecederaan baik itu ringan maupun berat, dan apabila tergolong berat, biasanya hotel sudah mempunyai kerjasama dengan rumah sakit tertentu, dan kos ditanggung oleh hotel.
Kemudahan untuk Tinggal di Brand Hotel yang sama
Untuk international chain hotel, kamu mempunyai hak untuk menginap di hotel lain dan mendapatkan harga istimewa atau malah bahkan percuma, tergantung dari grade atau level jabatan kamu di hotel tersebut. Contoh: jika kamu bekerja di Grand Hyatt misalnya, anda boleh menginap di Hyatt mana-mana di seluruh dunia dengan mendapatkan harga istimewa.
Latihan
Tiap bulan training calendar di HRD penuh dengan jenis training baik itu dalaman mahupun luaran atau mendatangkan ahli dari luar hotel, training tersebut boleh kamu pilih sesuai dengan keinginan dan minat kamu untuk kerjaya kamu ke depannya nanti. Ada juga training bahasa asing yang berguna buat kamu yang mahu meningkatkan tahap bahasa kamu, who knows kerana kamu mengikuti kursus Bahasa Jepun dan bagus, kamu malah dipindahkan kedudukannya dari waiter menjadi GRO atau Sales Marketing yang khusus menangani tamu Jepun. Bagus kan ?
Kerjaya Masa Depan
Jenjang kerjaya sangat menjanjikan di hotel, dan tidak menutup kemungkinan untuk bekerja di luar Malaysia dalam satu brand yang sama. Syaratnya Cuma perlu rajin belajar, banyak menyerap ilmu dari atasan, dan pastinya berprestasi.
Di luar hal tersebut diatas, masih banyak lagi hal hal positif lain yang boleh kamu dapat apabila kamu memilih untuk bekerja di Hotel, dan setiap orang mempunyai pengalaman positif yang berbeza pada masa kini bekerja di Hotel. Semoga artikel ini bermanfaat. CHEERS !!




0 comments:
Post a Comment