TIPS DAN INFO PENGENDALIAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA




TIPS DAN INFO PENGENDALIAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA


‪#‎Tips‬ dan ‪#‎Info‬

Pembantu rumah biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio- ekonomi yang rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan jangan mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan mereka. Tatacara bekerja di setiap rumah juga berbeza, justeru ajar pembantu rumah dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang mereka perlu diajar berulang kali mengenai sesuatu perkara.

Jangan memberi kepercayaan 100 peratus kepada pembantu mengenai perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya, anda perlu sekali-sekala memantau sama ada pintu atau pagar sudah dikunci sebelum tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek keselamatan lain.

Layan pembantu rumah dengan baik seperti kita mahu majikan kita berbuat baik kepada kita.Keseronokan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik.

#Balasannya, kita akan berasa anak-anak dan harta benda sentiasa selamat.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment