Syarat-syarat Kelayakan Untuk Menggunakan Perkhidmatan Pembantu Rumah Asing (PRA) Indonesia.


Syarat-syarat

Syarat-syarat Kelayakan Untuk Menggunakan Perkhidmatan Pembantu Rumah Asing (PRA) Indonesia.

Majikan mesti mempunyai anak di bawah 15 tahun ATAU ibu bapa ATAU ahli keluarga yang sakit dan memerlukan penjagaan.
Isteri majikan mestilah bekerja.
Berpendapatan tidak kurang daripada RM 3,000 sbulan digabungkan pendapatan suami dan isteri untuk pembantu rumah yang pertama dan RM 10,000 sebulan untuk pengambilan pembantu rumah kedua.


Cara Pengambilan Pembantu Rumah
Pilih biodata PRA yang sesuai dan sila isi borang permohonan yang terdapat dalam blog ini dan emailkan kepada pihak AP Serumpun .Pihak agensi akan menghubungi pihak majikan untuk perbincangan selanjutnya.
Permohonan majikan akan diuruskan oleh pihak agensi ke pejabat Jabatan Tenaga Kerja berdekatan dengan alamat tempat tinggal majikan untuk tujuan pengesahan rekod majikan .Setelah itu permohonan mendapatkan calling visa akan dibuat di pejabat Imigresen dan setelah mendapat kelulusan calling visa tersebut akan dihantar ke konsulat Indonesia untuk tujuan pengesahan.
Permohonan tuan dengan jabatan atau pihak berwajib di Malaysia akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak agensi dan dijangka akan mengambil masa lebih kurang satu bulan.
Jangka masa pembantu rumah yang dipohon akan sampai ke Malaysia ialah antara 2-3 bulan dari tarikh pihak majikan membuat pemilihan biodata dengan pihak agensi.


Dokumen-dokumen Yang Diperlukan
Dua salinan My Kad (suami DAN isteri).
E-filling LDHNM terkini ATAU penyata terkini KWSP
Dua salinan sijil nikah.
Dua keping gambar berwarna berukuran passpot (suami DAN isteri).
Dua salinan sijil lahir anak-anak di bawah umur 15 tahun.
Permohonan bagi tujuan menjaga ibu bapa atau keluarga yang sakit perlu mendapatkan surat akuan doktor pakar dari hospital kerajaan atau doktor pakar swasta beserta dua salinan surat beranak pemohon DAN salinan kad pengenalan ibu/bapa.
Dua salinan slip gaji – 3 bulan terakhir (suami DAN isteri).
Satu salinan bil letrik/air /bil Telekom yang menunjukkan alamat tempat tinggal semasa atas nama majikan atau isteri.


Dokumen Tambahan (Bagi yang bekerja sendiri)
Dua salinan Borang 9, 24 dan 49 atau SSM.
Dua salinan Pendaftaran Perniagaan dan dua salinan Penyata Bank (3 bulan terkini).

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment